IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 2.5 juta batang rokok putih bernilai lebih RM2.1 juta dalam serbuan di Pantai Remis dan Sitiawan, Khamis lepas.
Pengarah JKDM Perak Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata ia adalah rampasan terbesar di negeri ini tahun ini, hasil risikan selama seminggu.
Beliau berkata dalam serbuan 1.30 tengah hari itu pihaknya menemukan rokok putih dan kretek pelbagai jenama disyaki diseludup masuk melalui jalan laut dan disimpan di dalam premis kediaman.
"JKDM melakukan intipan terhadap sebuah rumah teres dua tingkat di Sitiawan yang berpagar dan mempunyai pengawal dan risikan mendapati premis yang dijadikan stor simpanan rokok itu tidak berpenghuni," katanya pada sidang media di pejabat JKDM Perak di sini hari ini.
Abdul Ghafar berkata serbuan kedua dilakukan pada hari sama di sebuah premis terbiar di Pantai Remis dan telah menemukan sebanyak 127,200 batang rokok putih dan kretek dengan nilai lebih RM100,000 yang diletakkan di ruang tamu rumah terbabit.
"Kebanyakan rokok yang diseludup dibawa masuk melalui laut dari Vietnam dan disimpan di rumah terbabit sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
"Kesemua kotak berisi rokok dibalut dengan plastik bagi mengelakkan ia daripada basah dan tiada tangkapan dibuat, malah kami masih mengesan pemilik premis terbabit untuk membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"Pemilik premis atau penyewa boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersubahat membenarkan premis mereka digunakan untuk menyimpan rokok tidak sah.
"Untuk kegiatan seperti ini, kami boleh mengambil tindakan ke atas individu yang memiliki pada masa itu sama ada penyewa atau pemilik premis yang berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Abdul Ghafar (tiga, kiri) menunjukkan rokok pelbagai jenama yang dirampas pada sidang media di Kompleks Kastam, Ipoh, hari ini. -- fotoBERNAMA
Dituduh buat konsert di gereja, ini jawapan Alif Satar...
Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan percepat infrastruktur di Kapit - Nanta
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan bekerjasama rapat bagi mempercepatkan penambahbaikan infrastruktur di kawasan Kapit.
Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan
Bantahan yang disertai sekitar 8,000 peserta pro-Palestin di bandar berkenaan diadakan susulan kempen ketenteraan Israel di Gaza.
Malaysia berpotensi meningkatkan eksport makanan ke Jepun - Naib Menteri Jepun
Malaysia berpotensi untuk meningkatkan lagi eksport makanan ke Jepun khususnya, produk makanan halal.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Borong, runcit meningkat bukti ekosistem ekonomi progresif
Peningkatan itu turut membuktikan peranan dan tindakan yang dilaksanakan kementerian berada pada landasan yang betul.
Sebanyak 2,288 stesen pengecas EV dipasang sehingga Mac 2024
Sebanyak 268 stesen pengecas kereta elektrik (EV) telah beroperasi, menjadikan jumlah terkumpul Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) setakat Mac 2024 sebanyak 2,288 unit.
Jasad Mutang Tagal tiba di Miri untuk penghormatan terakhir
Wartawan Rudi Affendi Khalik melaporkan jasad Yang Di Pertuan Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal selamat tiba di Miri, untuk upacara penghormatan terakhir sebelum dikebumikan pada Isnin.
KPT mahu siasatan terperinci kebakaran asrama UNIMAP
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu siasatan terperinci dilakukan terhadap kejadian kebakaran yang berlaku di di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau, awal pagi tadi.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu
Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.
Kastam Perak rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Abdul Ghafar berkata, ia adalah rampasan terbesar di Perak tahun ini, hasil risikan selama seminggu.